You Are Reading

18 September 2011

Android yang Sempoi - Android App yang wajib untuk seorang pengguna Android

Semua apps yang bakal diterangkan boleh didapati di Android Market.

1. Advance Task Killer


App ini membolehkan kita 'force close' app yang sedang running di balik tabir sekaligus meringankan device korang yang menelan space RAM dalam device korang.










2. Anti-Virus Free

Macam anti-virus dalam pc korang, antivirus ini adalah untuk smartphone dan tablet yang boleh mengesan dan menghalang sebarang SMS, Apps, virus, malware yang berbahaya secara automatik.








3. Adobe Flash Player 10.3

Memberikan keseluruhan web ke device korang yang menggunakan Flash Player seperti permainan, apps dan lain-lain.








4. ColorDict Dictionary Translate

Satu yang best pasal Dict ini ialah sebab dia offline.. Kebanyakkan Dict dalam market perlu ada hubungan internet. Satu lagi yang best sebab ianya semua dalam satu. Tak paham? Tengok  senarai dibawah.

• English Wordnet dictionary
• English thesaurus dictionary
• English-Japanese dictionary
• English-Chinese dictionary
• English-German dictionary
• English-Spanish dictionary
• Bible dictionary

5. ES File Explorer

App ini adalah app file manager. Jadi korang boleh tengok semua isi dalam SD Card korang. Boleh copy/paste/delete/share file dengan mudah.









6. Handcent SMS
3rd party app untuk kaki SMS. Aku tak suka dengan stock SMS app dalam semua versi Android sebabnya app ini lebih senang untuk balas SMS/MMS korang sebab ada popup setiap kali SMS/MMS masuk. Lebih mudah untuk customize dan macam- macam lagi. MUST HAVE!!






7. IM +
Suka YM, suka FB chat? MSN? Tak best lakan sume app itu nak kena ada dalam device korang. Buat berat phone je. So app ini menggabungkan semua messenger seperti Skype, Facebook Chat, AIM, MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk dan MySpace dalam satu app. Coolkan?






8. Opera Mobile Web Browser

Browser terbaik untuk phone korang. Tak macam opera mini, opera mobile akan view full content untuk semua website









9.  WhatsApp Messenger

Nak SMS free? Guna app ini. Tidak seperti YM atau MSN ianya tak memerlukan username atau password. Tapi berdasarkan numbor telefon korang dan kawan-kawan korang. Ciri yang terbaik kat app ini sebab dia cross platform antara Blackberry, Iphone dan Android dan ramai orang telah pun gunakan app ini untuk SMS dan lain-lain. Tapi ingat ye, app ini perlukan hubungan internet.

1 comment:

Blogger - "Sensei"

My photo
Seorang blogger amature yang sangat sempoi. Makan, minum, chat, tidur sumanya sempoi. Gua blogger baru belajar kalau salah biaq pi la ye. Peace out..
 
Copyright 2010 ~Sempoi Giler~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...