You Are Reading

19 September 2011

Android yang Sempoi - Bagaimana nak ROOT Android 2.3

Rooting adalah proses yang membenarkan pengguna Android untuk mendapatkan 'total control' atau 'root access' pada sistem. Target adalah untuk melepaskan limitasi yang telah dibuat oleh pengeluar alatan Android. Kalau iOS (iPhone) kita panggil "jailbreak" yang aku tau korang biasa dengar. Sama dengan Android tapi kita panggil 'root'.


Disebabkan gua guna phone xperia x10 khusus pada mereka yang telah update ke Android 2.3.3 Gingerbread.
Ikut langkah-langkah dibawah.






1. Muat turun FlashTool (versi 0.2.9.1) dari sini. Extract dan install fail. Cari X10FlashTool.exe dan klik.


2. Aktifkan Unknown Sources (Menu -> Settings -> Applications -> Unknown Sources) & USB debugging (Menu -> Settings -> Applications -> Development -> USB Debugging) pada korang punya Xperia X10.


3. Buka software FlashTool [Pastikan phone korang belum disambungkan ke PC]. Tekan butang Flash seperti gambar dibawah.






4. Proses Kernel Downgrade dilakukan dengan menekan ‘aZuZu – Kernel Downgrade’ dan pastikan bahagian Firmware Content, ‘loader.sin’ juga ditekan. Klik OK.




5. Sambungkan phone korang tapi pastikan dulu phone telah dimatikan. Tekan butang 'Back' pada phone anda tanpa lepaskannya dan sambungkan phone korang dengan USB. Ingat jangan lepaskan button 'Back'.


6. Disini proses Flashing sudah bermula, korang boleh lepaskan button 'Back'. Setelah selesai Flashing seperti gambar dibawah, Cabut USB korang tetapi pastikan software FlashTool masih berjalan.




7. Proses rooting bermula disini dengan menghidupkan kembali phone korang, sebaik sahaja korang rase getaran phone korang (vibrate) sambungkan balik USB cable. Nampak tulisan seperti pada kotak 1 dibawah? Maksudnya sudah ready untuk proses Root,dan korang leh tekan button Root seperti pada kotak 2 dibawah.




8. Setelah selesai proses root korang akan nampak tulisan seperti kotak dibawah. Phone korang akan restart sendiri dan jangan tanggalkan USB.




9. Bila korang nampak pesanan 'Connected Device X10', cabut USB korang dan cabut bateri phone korang dan biarkan 30 saat.




10. Awal tadi korang dah downgrade kernel korang, so sekarang kita kena upgrade balik, ulang proses 3 dan 4 tapi kali ini pilih  ‘aZuZu – Kernel Upgrade’ seperti pada gambar dibawah.




11. Ulang proses 5 dan tulisan dibawah menunjukkan korang dah berjaya. Cabut USB




12. Kalau korang ulang proses 1 tanpa tekan button flash dan tertera seperti tulisan dibawah, maksudnya  phone korang memang dah betul-betul sudah diROOTkan. Akan ada satu app yang akan tertera pada phone korang selepas proses Rooting iaitu 'Superuser'. Apa kegunaan app ini? Dan apa kelebihan selepas phone korang yang telah diROOTkan? Akan gua terangkan pada post yang seterusnya. GOOD LUCK!!!




Sumber dari xperiax10.net

1 comment:

Blogger - "Sensei"

My photo
Seorang blogger amature yang sangat sempoi. Makan, minum, chat, tidur sumanya sempoi. Gua blogger baru belajar kalau salah biaq pi la ye. Peace out..
 
Copyright 2010 ~Sempoi Giler~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...